Monday, March 2, 2009

DUA POKOK DURIAN

1.Semasa saya tiba dipabat tanah saya terserempak dengan empat orang kampong.Dua orang lelaki dan dua orang perempuan.Mungkin suami isteri dan bersaudara semuanya.Nada suara mereka tinggi dan jelas mereka ini bergaduh.Tanpa hirau orang sekeliling.

2."Lani pokok durin tu hampa tak bolih makan dah..dah pindah milik kat kami dah..kami makan pulak."Loghat kedah dalam.

3."Tak kan kami tak bolih tumpang makan sikit2 kot."Suara sedih perempuan diselah pehak yg telah lucut kuasa diatas dua pokok durian itu melalui bicara kuasa harta pesaka.

4."Tak bolih!"terdengar suara yang tegas.

5.Drama merebut dua pokok durian.Pendengar rasa amat sedih mengenang kedaifan orang kampung yg miskin.Drp penampilan dan wajah mereka yg lusuh itu terbayang kehidupan mereka yg dihimpit penderitaan susah payah kehidupani. Pendengar diam.....dan didalam hati berdoa agar pergaduhan mereka ini tidak panjang dan dapat menyambong kembali siratulrahim...kerana yg direbut itu dua pokok durian sahaja.

6.Tapi pendengar mengerti...pandangan org. tidak sama.Perkara yg kecil bagi saorang besar bagi org lain.Alah malu diatasi kemiskinan hidup.Biar orang seribu mereka tetap bergaduh juga.

7.Kpd. yg belum miskin...cubalah sedaya mungkin jauhkan diri dari keazaban ini inshALLAH.kerana kemiskinan itu menyakitkan.Sama2 kita doakan.

No comments:

Post a Comment